Kaifiat solat Qasar dan Jamak

Telah menjadi satu lumrah di dalam kehidupan untuk manusia berhijrah atau bermusafir bagi memenuhi hajat yang hendak ditunaikan. Kebiasaanya kita akan mencari rukhsah yang mana dapat membantu kita memudahkan urusan dan melancarkan perjalanan ketika bermusafir. Sememangnya tidak akan terkecuali untuk setiap umat islam mendapatkan rukhsah dalam melakukan solat ketika bermusafir seperti yang telah Allah SWT nyatakan dalam al-quran begitu juga yang terdapat dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang menyatakan tentang keringanan bagi musafir untuk melakukan solat di atas syarat-syarat tertentu. Pada hari ini saya akan berkongsikan ilmu tentang cara untuk melakukan solat Qasar dan Jamak seperti yang telah disyaritkan di dalam agama Islam. Jom kita kenali dulu apa itu Qasar dan Jamak.


APA MAKSUD JAMAK DAN QASAR?

  • Makna Jamak ialah dihimpunkan
  • Makna Qasar ialah dipendekkan


  • Syarat utama yang perlu kita penuhi adalah niat bermusafir hanyalah kerana Allah SWT, perlu diingatkan bahawa tidak boleh melakukan solat Qasar dan Jamak ini bagi musafir yang tujuannya untuk maksiat, hiburan atau sesuatu yang tidak mampu memberi faedah kepada orang yang bermusafir itu sendiri dan agama islam umumnya.Rukhsah ini membolehkan kita untuk melakukan solat Qasar dan Jamak selama 3 hari bermustautin.


  • Bahagian Jamak:-

    • Jamak Taqdim
    • Jamak Takhir


    JAMAK QASAR TAQDIM

    Jamak Taqdim dan di qasarkan (dipendekkan)
    1.  Melakukan sembahyang Asar dalam waktu Zuhur itu di namakan jamak takdim.
    Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
    • Niat untuk sembahyang Zuhur ialah “Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala”.
    • Niat untuk sembahyang Asar pula ialah “Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala”.

    Jamak taqdim dan di qasarkan (dipendekkan)
    1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu maghrib itu dinamakan jamak takdim.
    Niat untuk sembahyang Maghrib ialah:


    • “Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak taqdim kerana Allah Ta’ala”.
    • Niat untuk sembahyang Isyak ialah:“Sahaja aku sembahyang fardu Isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu Magrib dengan jamak taqdim kerana Allah Ta’ala”.

    Jamak Qasar Takhir
    Jamak Takhir dan di qasarkan (dipendekkan)
    1.  Melakukan sembahyang Zuhur dalam waktu Asar itu di namakan Jamak Takhir.
    Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:-
    “Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu Asar”
    Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang Zuhur 2 rakaat.
    • Niat untuk sembahyang Asar ialah “Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”.
    • Niat untuk sembahyang Zuhur ialah “Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”.
    • Kita boleh juga jamakkan Maghrib dengan Isyak atau sebaliknya tapi waktu Magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat 

    Jamak takhir dan di qasarkan (dipendekkan)
    1.  Melakukan sembahyang Maghrib dalam waktu Isyak itu dinamakan jamak takhir.
    Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu Maghrib berakhir
    “Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam  waktu Isyak”
    • Niat untuk sembahyang Isyak ialah:“Sahaja aku sembahyang fardu Isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu Maghrib dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”.
    • Niat untuk sembahyang Maghrib ialah:“Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu Isyak dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”




    Diharapkan semua dapat mengambil manfaat serta berkongsi ilmu dengan rakan-rakan, kaum kerabat atau sesiapapun. semoga memperoleh manfaat daripada perkongsian saya ini. terima kasih


    Comments